Malaysia tarik diri Pesta Buku Frankfurt kerana penganjur pro-Israel

Malaysia tarik diri Pesta Buku Frankfurt kerana penganjur pro-Israel

Kementerian Pendidikan berkata, keputusan itu selari pendirian kerajaan sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.

Pesta Buku Frankfurt 2023 dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini. ( Gambar Frankfurter Buchmesse)
PUTRAJAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman bulan ini.

KPM memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka pihak penganjur terhadap Israel.

Menurut KPM, keputusan itu juga selari pendirian kerajaan sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lalu mengakibatkan kedua-dua pihak kehilangan ribuan nyawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.