
Dalam kenyataan KPM berkata ia akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.
“Bayaran akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing,” katanya menurut Bernama, susulan kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan.
KPM berkata, BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.
“Sebanyak RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat lepas diperuntukkan khusus untuk tujuan BAP,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web khas https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung Belanjawan 2024.