3 remaja dihanyut arus deras ketika mandi sungai di Sibu

3 remaja dihanyut arus deras ketika mandi sungai di Sibu

Tiga remaja itu dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa berhampiran Nangar di Daro semalam.

Jurucakap Pusat Operasi Bomba Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan Bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.
SIBU:
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang hilang semalam selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa berhampiran Nangar di Daro, kira-kira 125 kilometer dari sini, diteruskan hari ini.

Jurucakap Pusat Operasi Bomba Sarawak berkata operasi itu, yang melibatkan jabatan tersebut, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan penduduk kampung, dihentikan kira-kira jam 7.45 malam semalam disebabkan cuaca gelap.

Mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Herodias Enggung, Aldrin Gambang Allan Kiai dan Sebastian Oziel Seman Umpi, semua berumur 13 tahun.

Katanya operasi mencari dan menyelamat untuk remaja yang hilang dimulakan tidak lama selepas jabatan tersebut menerima laporan dari Balai Polis Daro pada jam 6.37 petang semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.