
Eksekutif interim MyAirline Azharuddin Abdul Rahman berkata syarikat itu kini dalam proses mempercepatkan proses bayaran balik wang dan berharap semua penumpang MyAirline bersabar.
“Kami juga sedang dalam usaha mewujudkan talian ‘hotline’ bagi membantu penumpang kami yang terjejas dengan lebih baik dan memudahkan proses bayaran balik, mereka (penumpang) digalakkan untuk menyediakan nombor tempahan mereka (PNR) dan e-melkannya kepada kami di [email protected],” katanya dalam kenyataan.
Azharuddin berkata semua pekerja MyAirline masih dalam penggajian penuh dan tiada pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji.
Menyentuh mengenai perkongsian strategik, beliau berkata beberapa pihak menunjukkan minat terhadap MyAirline dan syarikat sedang menilai cadangan tersebut.
“Kami akan terus menyediakan maklumat terkini kepada penumpang yang kami hargai dan juga pihak berkepentingan lain,” katanya.