
Presiden Abang Johari Openg menegaskan penambahan ini juga sejajar laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang jelas menyatakan kepentingan suara Sarawak dan Sabah.
Justeru, PBB akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan mengusul perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, katanya lapor Bernama, pada sidang media selepas konvensyen khas parti itu di Betong, Sarawak.
Terdahulu, Naib Presiden PBB Julaihi Narawi menyerahkan usul agar bilangan kawasan Parlimen di negeri itu ditambah bagi membolehkan Sarawak dan Sabah mempunyai 1/3 kerusi Dewan Rakyat.
Usul berkenaan turut mencadangkan sekurang-kurangnya 12 kawasan Parlimen baharu dipertimbangkan untuk Sarawak.
Pada masa ini, daripada 222 kawasan Parlimen sebanyak 56 kawasan terletak di Malaysia Timur, yang mana 31 daripadanya di Sarawak dan 25 di Sabah; berbanding 166 kerusi di Malaysia Barat.