
Seramai 16,383 pengundi berdaftar akan memilih Adun baharu mereka di sembilan pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi tadi.
Setakat 12 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 44%.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
PRK diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Johari Harun, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.
Pengiraan undi akan dijalankan di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.