Pengambilan 9,500 guru baharu November ini, kata Fadhlina

Pengambilan 9,500 guru baharu November ini, kata Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata berkata proses temu duga telah selesai dan penempatan segera akan dibuat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan akan segera menggantikan guru yang bersara dan berhenti supaya isu kekurangan tenaga pengajar tidak berpanjangan. (Gambar Bernama)
PASIR PUTEH:
Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membuat pengambilan 9,500 orang guru baharu pada November bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses temu duga telah selesai dan penempatan segera akan dibuat.

“Isu kekurangan guru berlaku bila ada persaraan dan berhenti, kita akan cepat-cepat ganti. Sebab itu kekurangan ini bersifat sementara dan proses dapatkan guru dilaksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan segera mungkin bagi memastikan kekosongan itu bersifat sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani@KVKPM 2023 di Kolej Vokasional Pasir Puteh yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali.

Sementara itu, Fadhlina berkata kerja penyelenggaraan tandas sekolah di bawah KPM sudah 90% selesai.

“Projek dipantau oleh Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, saya dimaklumkan sudah 90% siap.

Kita jangka hujung Oktober akan dapat kenal pasti angka secara tepat, sekarang semua sedang berjalan. Alhamdulillah ada juga yang telah siap dilaksanakan,” katanya.

Pada Julai lepas, KPM dilaporkan memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah seluruh negara untuk menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas sekolah demi keselesaan pelajar menerusi peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.