
Sindiket beroperasi sejak April lalu itu meraih transaksi kemasukan kredit sekitar RM13 juta sebulan, turut dianggotai seorang remaja berusia 14 tahun.
Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata serbuan dilakukan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Cheras.
“Dalam serbuan itu, polis merampas beberapa barangan seperti empat unit monitor, tujuh unit CPU (Unit Pemprosesan Pusat), 18 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan tiga unit modem dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan dalam talian.
“Siasatan awal mendapati premis turut digunakan untuk mempromosikan judi dalam talian dan menyasarkan mangsa warga Malaysia dan asing,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, semua suspek berusia antara 14 dan 40 tahun direman empat hari hingga 9 Okt dan kes disiasat bawah Seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.