‘Taasub’ kepada pemimpin sebab top 5 PAS tidak dicabar, dakwa Puad

‘Taasub’ kepada pemimpin sebab top 5 PAS tidak dicabar, dakwa Puad

Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata sikap itu mungkin kerana mereka beranggapan 'kemampuan luar biasa' pemimpin utama PAS menjadi faktor kepada gelombang hijau.

Puad Zarkashi mendakwa ahli PAS mempunyai budaya ‘taasub’ yang tinggi apabila lima jawatan tertinggi parti itu tidak dicabar dalam pemilihan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Umno mendakwa budaya “taasub” kepada pemimpin menyebabkan lima jawatan tertinggi PAS tidak dicabar pada pemilihan bulan ini.

Dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, sikap itu mungkin kerana mereka beranggapan “kemampuan luar biasa” pemimpin terbabit menjadi faktor membawa kepada gelombang hijau.

“Ahli PAS taasub tahap tinggi. Pada mereka kejayaan gelombang hijau adalah kerana kehebatan luar biasa lima pemimpin teratas itu.

“Mereka jadi takut menyanggah lima orang tersebut,” katanya mengulas kedudukan Presiden Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan apabila tiada pencalonan lain.

Tiga jawatan naib presiden juga akan mengekalkan penyandang sedia ada, iaitu Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah, serta Ahmad Samsuri Mokhtar. Menteri Besar Sanusi Nor menarik diri walaupun mendapat pencalonan.

Puad mendakwa ahli parti takut untuk “kacau daun” dan khuatir dilabel menentang Islam.

“Taasub mereka melampaui batas.”

Kali terakhir Hadi dicabar sebagai presiden ialah pada 2015, menewaskan pencabarnya Ahmad Awang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.