
Berdasarkan kemas kini laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 8 pagi, Cheras kekal mencatatkan IPU tertinggi dengan 153, diikuti Banting, 111.
Negeri Sembilan turut mencatatkan bacaan udara tidak sihat di dua kawasan – Nilai (155) dan Seremban (144).
Mengikut bacaan IPU, 0 – 50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51 – 100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201 – 300), berbahaya (301 – 400), sangat bahaya (401 – 500) dan kecemasan (lebih 501).
Pagi semalam, sebanyak 16 kawasan di beberapa negeri dilaporkan mencatatkan IPU tidak sihat termasuk lapan kawasan di Lembah Klang merekodkan bacaan melebihi 150.
Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata semua aktiviti luar bilik darjah di kawasan terlibat perlu dibatalkan jika bacaan IPU melebihi 101.
Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan berbincang bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa berhubung keperluan untuk menutup sekolah jika IPU terus meningkat.