Mangsa banjir Kedah turun 67 orang

Mangsa banjir Kedah turun 67 orang

Menurut APM Kedah, semua mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara boleh dibenarkan pulang jika cuaca baik hari ini.

APM Kedah berkata hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar, Kedah. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67 orang daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 114 orang daripada 36 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Suhaimi Mohd Zain, berkata hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 63 orang daripada 22 keluarga manakala empat orang daripada satu keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata sekiranya keadaan cuaca baik dan air surut sepenuhnya hari ini, semua mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkenaan boleh pulang ke rumah masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.