Mangsa banjir di Kedah makin kurang

Mangsa banjir di Kedah makin kurang

PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah ditutup sepenuhnya 6 petang tadi.

Hanya dua pusat pemindahan sementara beroperasi di daerah Kota Setar, iaitu SK Taman Aman menempatkan 101 orang dan 13 orang di SK Seri Gunung. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang daripada 36 keluarga malam ini berbanding 408 orang daripada 136 keluarga pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata setakat 8 malam tadi, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan 101 orang daripada 33 keluarga, manakala 13 orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah yang dibuka Khamis lalu ditutup sepenuhnya 6 petang tadi, selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.