
Beliau berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu akan turut disertai wakil Bank Negara Malaysia (BNM).
“DuitNow QR ini (untuk transaksi tanpa tunai) ada 1.874 juta pengguna. Bayangkan berapa banyak keuntungan bank.
“Kita (KPDN) takut ada kesan kepada pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Jualan Rahmah peringkat Melaka, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar di Dataran Sejarah Ayer Keroh.
Fuziah berkata, caj transaksi bagi penggunaan platform berkenaan dikhuatiri akan merencatkan program digitalisasi negara sebagaimana yang dirangka bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Beliau berkata, KPDN sebelum ini mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI), bagi membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil, terutama dalam memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah pembayaran digital.
“Peniaga-peniaga (kecil dan mikro), dah lah susah mereka nak sertai (program ReDI), kita khuatir mereka nanti akan terkesan pula (dengan caj transaksi).
“(Ini) akan merencatkan program digitalisasi seperti yang dikehendaki kerajaan dalam RMK12 dan pengguna akan menyerap kos tersebut,” katanya.
Setakat ini, katanya, hanya tiga bank, iaitu Public Bank, Maybank dan CIMB, bersetuju untuk tidak mengenakan caj transaksi buat masa sekarang.