
Hakim Nallini Pathmanathan, Zabariah Yusof dan Hasnah Hashim, yang semua berusia 64 tahun pada tahun ini.
Dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan pada 26 Nov 2018, Nalina adalah hakim paling kanan antara trio itu. Zabariah dan Hasnah pula dilantik pada 5 Dis 2019.
Umur bersara wajib untuk hakim adalah 66, tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh melanjutkan perkhidmatan mereka kepada enam bulan lagi dengan nasihat ketua hakim negara.
“Sekiranya salah seorang daripada mereka dilantik, beliau akan menjadi wanita ketiga memegang jawatan itu,” kata sumber kepada FMT.
Siti Normah Yaakob yang dilantik pada 2005 adalah wanita pertama menjadi hakim besar Malaya manakala Zaharah Ibrahim dilantik pada 2018.
Hakim Besar Malaya Zabidin Diah akan bersara pada Mac tahun depan selepas lanjutan enam bulan perkhidmatannya tamat.
Sementara itu, satu lagi sumber memberitahu FMT, Hakim Harmindar Singh Dhaliwal, 63, Nordin Hassan, 60, Abdul Karim Abdul Jalil, 64, dan Abu Bakar Jais, 61, juga dipertimbangkan ke jawatan itu.
Nordin, Abu Bakar dan Abdul Karim tidak boleh diketepikan walaupun mereka adalah perlantikan baharu di Mahkamah Persekutuan, kata sumber.
Sebagai contoh kata sumber, Zabidin dinaikkan ke Mahkamah Persekutuan pada awal tahun lalu tetapi beliau melangkau beberapa hakim kanan untuk dilantik sebagai hakim besar Malaya pada Januari tahun ini.
Kata sumber JAC mungkin mempertimbangkan Nordin dan Abu Bakar untuk jawatan itu sebagai persediaan untuk mengetuai badan kehakiman apabila Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim bersara pada awal 2026.