
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata semua yang ditahan berusia 18 hingga 66 tahun terdiri daripada 125 lelaki dan 28 perempuan.
“Daripada jumlah tersebut, 115 daripadanya adalah lelaki warga tempatan manakala 10 lagi adalah warga asing. Seramai 19 wanita warga tempatan ditahan dan sembilan lagi adalah wanita warga asing.
“Dalam tempoh tersebut, kita juga telah merampas 163 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 61 pencetak mudah alih serta wang tunai berjumlah RM32,699,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, premis yang terlibat sedang dalam proses permohonan pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik namun masih menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Katanya, semua tangkapan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman sebagaimana diperuntukan bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Kes disiasat bawah Seksyen 4A (a) dan 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM 50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun,” katanya.
Kamarul turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan judi dalam talian kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07 2212999 atau 07 2254677.