Speaker Dewan Rakyat dah bincang kembalikan PLKN

Speaker Dewan Rakyat dah bincang kembalikan PLKN

Johari Abdul berkata cadangan lain termasuk menghidupkan semula Biro Tatanegara.

Johari Abdul berkata PLKN penting sebagai persediaan dan latihan untuk anak muda membina negara bangsa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sudah berbincang dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan berhubung hasrat mengembalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Katanya, perbincangan dengan jawatankuasa tersebut berhubung hasrat itu bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan belia.

Beliau berkata, cadangan lain termasuk menghidupkan semula Biro Tatanegara (BTN).

Katanya, program seperti PLKN penting sebagai persediaan dan latihan untuk anak muda membina negara bangsa.

“Sekolah dan universiti tidak wujud program begini. Ia perlu ada untuk mereka berbincang, supaya anak muda berhimpun dan cerita tentang masa depan mereka.

“Ke mana anak muda nak pergi, kalau tiada platform lebih jitu?” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani.

Beliau berharap anak muda dapat didedahkan kepada ilmu kepimpinan dalam usaha melahirkan generasi pelapis.

“Saya nak lihat anak muda terdedah ilmu kepimpinan dan jadi pemimpin baik dan negara di tahap betul, landasan betul, bila ekonomi berpindah ke Asia, Malaysia akan bersama perpindahan ini.

“Kalau kita sama-sama dukung tujuan ini, kita akan ke sana.”

PLKN diperkenalkan pada Disember 2003, sebelum dihentikan selama setahun pada 2015 akibat rasionalisasi perbelanjaan. Ia diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0, sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.