
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad memutuskan injuksi itu harus dikekalkan hingga saman 1MDB terhadap bekas perdana menteri itu selesai.
“Pihak plaintif (1MDB dan anak syarikat) telah berjaya membuktikan kes yang kukuh terhadap defendan (Najib),” kata Atan.
Katanya mahkamah juga mendapati 1MDB telah membuktikan ada kemungkinan aset dilupuskan sekiranya perintah Mareva tidak dilanjutkan.
Injunksi Mareva adalah satu perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang.
Pada tahun lalu, 1MDB memperoleh injuksi untuk menghalang Najib dan ejennya daripada melupuskan asetnya di negara ini kepada satu jumlah di bawah USD681 juta, sementara menunggu keputusan saman tersebut.
Najib hanya dibenar mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman.
Kerajaan menerusi 1MDB dan anak syarikat memfailkan satu saman terhadap Najib dan 14 yang lain pada Mei 2021.
Mereka mendakwa Najib dan beberapa yang lain melakukan penyelewengan palsu, pelanggaran kewajiban, pelanggaran kewajiban statutori dan terlibat dalam pengayaan yang tidak adil.