
Beliau dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal, walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.
“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah.
“Moga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan berterusan buat Baginda Nabi Muhammad.”
Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok. Tema sambutan tahun ini ialah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.