
Ketua Pengarah JPPM, Mohd Nawardi Saad, berkata kegiatan boleh mengancam keselamatan awam itu dikesan menerusi program pemutihan sejak 2021.
“Di JPPM, memang kita ada kesan pertubuhan terbabit dengan jenayah, contohnya gengsterisme kerana antara fungsi kita adalah memantau pertubuhan berdaftar ataupun tidak berdaftar.
“Kita selalunya dapat kerjasama dan berkongsi maklumat dengan polis, selain sebahagian tindakan juga dibuat pihak berkuasa itu,” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ayer Keroh, Melaka.
Mengikut Akta Pertubuhan 1986, beliau berkata, JPPM boleh menyenarai hitam dan membatalkan pendaftaran pertubuhan yang aktivitinya bercanggah perlembagaan, menjejaskan ketenteraman awam atau keselamatan.
Menerusi program pemutihan sejak 2021, katanya lebih 3,000 pertubuhan termasuk persatuan berdaftar dibatalkan pendaftaran kerana tidak lagi aktif.