Ketua PAS Langkawi dipilih Speaker DUN Kedah

Ketua PAS Langkawi dipilih Speaker DUN Kedah

Zubir Ahmad, 61 diisytiharkan sebagai Speaker selepas ketiadaan calon lain bagi jawatan itu.

Menteri besar Kedah yang juga Adun Jeneri Sanusi Nor mencalonkan Zubir Ahmad sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Ketua PAS Langkawi, Zubir Ahmad dipilih Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-15 yang berlangsung di Wisma Darul Aman.

Menteri besar Kedah yang juga Adun Jeneri Sanusi Nor mencadangkan Zubir, 60, yang kemudian disokong Adun Merbau Pulas merangkap Exco Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Siti Ashah Ghazali.

Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Mohamad Azlee Ahmad, memaklumkan disebabkan hanya seorang calon Speaker dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, maka Zubir diisytiharkan menjadi Speaker DUN.

“…oleh kerana seorang calon saja dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, maka saya dengan ini mengisytiharkan YB Encik Zubir Ahmad dipilih menjadi Speaker DUN Kedah yang ke-15 ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.