
Ketua Polis Kota Tinggi, Hussin Zamora, berkata ia susulan ujian saringan air kencing ke atas semua lelaki berusia 20-an hingga 50-an.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak gusar kerana siasatan telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang.
“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat.”
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta hubungi Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi 07 8831222 atau pegawai penyiasat Ng Han Shoong 016 5488810 atau balai polis berhampiran.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Hayda Faridzal Abu Hassan membenarkan perintah reman terhadap empat lelaki terbabit selama tiga hari mulai hari ini.
Pergaduhan pada Sabtu lalu itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.