
“Johor itu tebal dan semakin nipis ketebalan itu. Di Pelangai pun tak tipis sangat, tapi kita akan mencuba.
“Gelombang kebangkitan PN di seluruh negara akan melanda Pelangai juga, makin hari makin meningkat.
“Saya pengarah pilihan raya, mesti ada keyakinan, barulah anak buah saya bekerja untuk menang,” katanya selepas majlis angkat sumpah 36 Adun Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
PRK DUN Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon BN Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas dekat Bandar Elmina di Shah Alam bulan lalu.
PRK Parlimen Pulai pada 9 Sept lalu menyaksikan kemenangan calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat yang meraih 48,283 undi menewaskan calon PN, Zulkifli Jaafar dengan 29,642 undi, manakala PRK DUN Simpang Jeram pula dimenangi calon PH, Nazri Abdul Rahman dengan majoriti 3,514 undi.