Feri Langkawi ke Kuala Kedah patah balik akibat ribut

Feri Langkawi ke Kuala Kedah patah balik akibat ribut

Konsortium Ferry Line Ventures berkata pelayaran dari Kuala Kedah bagi 7 pagi esok juga dibatalkan akibat cuaca buruk.

Ketinggian ombak lebih kurang 3m boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri serta bot kecil. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Feri membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik pada 4 petang tadi disebabkan ribut dan ombak tinggi.

Penolong Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Norhafiz Abdul Wahid, berkata pelayaran dari Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 4 petang dan 7 malam tadi terpaksa dibatalkan.

“Konsortium Ferry Line Ventures menyediakan trip tambahan untuk pilihan kepada penumpang yang ingin menaiki trip ke Langkawi-Kuala Perlis pada 7.30 malam tadi,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelayaran dari Kuala Kedah bagi 7 pagi esok juga dibatalkan akibat cuaca buruk kerana ketinggian ombak lebih kurang 3m boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri serta bot kecil.

Beliau memohon maaf atas semua kesulitan dihadapi penumpang dan pertukaran tarikh serta masa perjalanan untuk hari berikutnya boleh dilakukan penumpang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.