‘Minum berapa banyak dia mahu’, Sanusi bidas dakwaan menteri

‘Minum berapa banyak dia mahu’, Sanusi bidas dakwaan menteri

Menteri besar Kedah berkata dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing penjualan arak dilarang di Langkawi tidak berasas.

Terdapat pelancong ke Langkawi diganggu kerana berseluar pendek dan membeli alkohol, menurut Menteri Pelancongan, Tiong King Sing. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor menolak dakwaan Tiong King Sing bahawa pelancong bukan Islam dilarang membeli alkohol atau berseluar pendek di Langkawi.

Katanya, kerajaan Kedah tidak akan menyiasat dakwaan tidak berasas oleh menteri pelancongan, seni dan budaya itu.

“Dia (Tiong) patut datang (Langkawi) dan lihat sendiri. Dia patut memakai seluar pendek di Langkawi dan lihat jika ada orang menghalangnya,” kata Sanusi kepada FMT.

Beliau berkata, Tiong boleh “minum seberapa banyak dia mahu” di Langkawi.

Terdahulu, Tiong dipetik The Sun Daily berkata pelancong mengadu kepada kementeriannya mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kerajaan tertentu di Langkawi.

Menurut laporan itu, dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Tiong mendakwa beberapa pegawai kerajaan didakwa mengganggu pelancong mengenai etika berpakaian dan pengambilan alkohol.

“Mereka bukan Islam, malah membeli arak dan berseluar pendek dilarang. Oleh itu, menteri besar perlu menjelaskan semuanya,” kata Tiong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.