Penganggur mengaku salah rogol adik ipar

Penganggur mengaku salah rogol adik ipar

Berdasarkan pertuduhan lelaki itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Ipoh kira-kira 11 malam 16 Sept lalu.

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol adik iparnya berusia 11 tahun minggu lalu. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun dalam kejadian minggu lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani, lapor Harian Metro.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah kira-kira 11 malam, 16 Sept lalu.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Rhozariah Mohd manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tarikh 23 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.