89 daerah berisiko banjir menjelang Monsun Timur Laut

89 daerah berisiko banjir menjelang Monsun Timur Laut

77 daripada 89 daerah berisiko banjir merupakan kawasan yang pernah mengalami banjir berulang ketika monsun.

Agensi Pengurusan Bencana Negara diarah memastikan kesiapsiagaan menghadapi bencana menjelang Monsun Timur Laut tahun ini. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Sebanyak 89 daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL), menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 77 daerah merupakan kawasan yang pernah mengalami banjir berulang lebih daripada sekali dalam tempoh monsun, yang lazim berlaku antara November hingga Mac.

Armizan memberitahu pemberita bahawa penilaian risiko itu berdasarkan data monsun dan kejadian banjir sebelum ini.

“Kita arahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk melihat 89 daerah ini untuk dipastikan kesiapsiagaan jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat daerah, komunikasi termasuk kebersamaan dengan NGO yang ada di negeri dan daerah boleh membantu,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup eksesais kecemasan bencana Rakan Nadma di Glamping.

Armizan memaklumkan sebanyak RM500 juta diperuntukkan untuk bantuan mangsa banjir bagi MTL 2022 dan tahun ini. “Misalnya MTL 2018 dan 2019, pemberian kepada mangsa banjir sebanyak RM1.6 juta.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.