2 beradik rentung dalam kebakaran

2 beradik rentung dalam kebakaran

Bomba berkata ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di rumah.

Mayat Jackron Jabri, 6, dan Jayraiyen, 5, ditemui dalam sebuah daripada enam rumah terbakar di Kampung Pulutan, Menggatal, kira-kira 1 tengah hari tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal, Kota Kinabalu.

Mayat Jackron Jabri, 6, bersama Jayraiyen, 5, ditemui dalam sebuah rumah terbakar itu dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata difahamkan ketika kejadian hanya dua beradik itu berada di rumah.

Katanya, ketika kejadian abang yang berusia enam tahun itu baru pulang dari tadika, manakala adiknya berusia lima tahun berada di rumah.

“Mereka didapati bersendirian di rumah selepas ditinggalkan ibu yang keluar bekerja, manakala bapanya menghantar anak saudara ke hospital. Adik-beradik lain berada di sekolah.

“Kedua-dua mayat ditemui berdekatan satu sama lain di bahagian ruang tamu,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.