Wanita rugi RM1 juta diperdaya sindiket kerja sambilan

Wanita rugi RM1 juta diperdaya sindiket kerja sambilan

Wanita berusia 52 tahun dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki melalui WhatsApp awal Ogos lalu.

Suspek menawarkan pengadu kerja sambilan dalam talian dan mangsa diberikan pautan serta diminta membeli barangan dengan dijanjikan komisen.
KUALA LUMPUR:
Seorang pengurus sebuah syarikat mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya sindiket penipuan menawarkan kerja sambilan melalui media sosial dengan menjanjikan pulangan komisen.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata wanita berusia 52 tahun dari Pandan Indah, Ampang Jaya, pada mulanya dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki melalui WhatsApp awal Ogos lalu.

“Suspek menawarkan kepada pengadu kerja sambilan secara dalam talian. Mangsa diberikan pautan dan diminta membeli barang yang dijanjikan pulangan komisen. Mangsa mendakwa pernah menerima wang komisen berjumlah USD100.

“Selepas itu, pengadu membuat bayaran pembelian barang ke dalam 14 akaun bank berbeza, namun sehingga kini tidak mendapat komisen yang dijanjikan dan mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM1,100,431,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dalam urusan tawaran yang tidak pasti dan semak kesahihan urus niaga terlebih dahulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.