
Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata semua suspek berumur 25 hingga 36 tahun ditahan di beberapa lokasi di negeri ini semalam.
“Polis berharap penahanan empat lelaki ini dapat merungkaikan motif sebenar kejadian sehingga membawa kepada pembunuhan,” katanya pada sidang media di IPK Kelantan.
Beliau berkata, semua suspek direman hingga 28 Sept ini untuk siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan polis sudah mengambil keterangan 25 individu lain termasuk kenalan, ahli keluarga dan individu di tempat kejadian.
“Berdasarkan bedah siasat mangsa maut selepas ditembak tujuh das dari jarak dekat dan mengenai bahagian dada dan kepala. Siasatan juga mendapati mangsa terlibat dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti haram, di samping memiliki 21 rekod jenayah membabitkan dadah, senjata api dan ugutan,” katanya.