2 dikhuatiri lemas, trak menjunam dalam sungai di Tumpat

2 dikhuatiri lemas, trak menjunam dalam sungai di Tumpat

Trak pikap itu dipercayai terbabas sebelum kejadian dengan kren digunakan bagi mengeluarkan kenderaan itu.

Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaiki terjunam dalam Sungai Chenderung Kubu di Kelantan.
PETALING JAYA:
Dua lelaki dikhuatiri lemas susulan trak pikap dinaiki terbabas lalu menjunam dalam Sungai Chenderung Kubu, Tumpat awal pagi tadi.

Komander Operasi Bomba Pengkalan Kubor, Mohd Faizol Hisham Abdullah, berkata dua mangsa berketurunan Siam itu dikenalpasti Eh Bau Eh Di, 43, dan sepupunya, Eh Heak Eh Yek, 54.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.01 pagi tadi yang memaklumkan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux ke dalam sungai.

“Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor termasuk lima anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

“Lokasi kenderaan tersebut di dalam sungai berkenaan sudah dikenal pasti. Kren digunakan untuk mengeluarkan trak pikap tersebut naik ke darat,” katanya menurut Kosmo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.