
Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata kejadian dipercayai melibatkan lima lelaki yang menaiki kenderaan terbabit sebelum menghampiri mangsa yang berada dalam trak pikap di hadapan sebuah bengkel.
Katanya, ketiadaan kamera litar tertutup di lokasi kejadian menyukarkan usaha mendapatkan nombor plat kenderaan suspek.
“Jika orang ramai ada maklumat di kawasan sekitar terutama kenderaan dan nombor plat boleh hubungi polis,” katanya menurut Sinar Harian.
Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan terhadap motif kejadian ialah jenayah melibatkan mangsa termasuk pemilikan dan pengedaran dadah selain dua kes senjata api.
“Bagaimanapun kita tetap menjejaki suspek dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Media pada Ahad lalu melaporkan seorang pemilik bengkel maut dipercayai ditembak dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang.
Mangsa ditemukan berlumuran darah dalam sebuah pikap di hadapan sebuah kedai alat ganti kenderaan.