57 daerah catat IPU sederhana

57 daerah catat IPU sederhana

Sebanyak 11 daerah merekodkan IPU baik iaitu Langkawi dan masing-masing lima daerah di Sabah serta Sarawak.

Bacaan IPU di Cheras, Kuala Lumpur tertinggi iaitu 96, setakat 4 petang tadi.
PETALING JAYA:
Sebanyak 57 daerah mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana setakat 4 petang tadi.

Daripada 57 lokasi itu, bacaan IPU di Cheras, Kuala Lumpur tertinggi iaitu 96, diikuti Shah Alam (91), Kuching (90), Johan Setia, Petaling Jaya dan Banting di Selangor (82).

Sebanyak 11 daerah merekodkan IPU baik iaitu Langkawi dan masing-masing lima daerah di Sabah serta Sarawak, iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kimanis, Keningau, Miri, Kapit, Sibu, Sarikei dan Sri Aman.

IPU 0-50 dikategorikan sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.