
PETALING JAYA: Yang di-Pertua Sarawak Taib Mahmud dilaporkan sudah pulang ke negerinya hari ini selepas kira-kira dua bulan di luar negara.
Borneo Post melaporkan Taib, 87, pulang ke Sarawak petang tadi. Bekas ketua menteri itu menjalani pemulihan selepas pembedahan di Istanbul, Turki.
Bulan lepas, Speaker Sarawak Asfia Awang Nassar mengangkat sumpah pemangku dan beliau akan memangku tanggungjawab itu sehingga esok.
Taib menerajui Sarawak selaku ketua menteri selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014. Beliau merupakan Yang Dipertua Sarawak ketujuh sejak 1 Mac 2014.