
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan disampaikan melalui Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Kenneth di Wangsa Maju, di sini hari ini.
”Semoga beliau (Kenneth) diberikan kekuatan dan kesembuhan dengan segera,” katanya.
Turut sama menziarahi Kenneth ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden Mutliracial Revert Muslims Firdaus Wong.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Kenneth yang pernah menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 di dunia, bekerja sebagai tukang cuci, hidup dalam kesusahan dan mengalami masalah kesihatan.
Beliau dipercayai mengalami strok sehingga menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, ketidakupayaan kognitif dan gangguan ingatan jangka pendek, selain tidak mempunyai wang untuk melakukan ujian bagi menentukan tahap kerosakan pada otaknya.