
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak mengesan dua individu untuk membantu siasatan kes dijalankan pihaknya.
Individu pertama dikenali Mona Lisa Ismail, 45, beralamat terakhir di Jalan Lapangan Terbang, Kuching, Sarawak.
Manakala individu kedua, Mohd Rizwan Ismail, 30, beralamat terakhir di Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Khairil Ammar Faisal Azman di talian 082 467701 atau 018 5714510 atau emel kepada [email protected],” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, SPRM tidak menyatakan secara terperinci kes sedang disiasat itu.