Media dikasari pengiring menteri: Tindakan selepas siasatan penuh

Media dikasari pengiring menteri: Tindakan selepas siasatan penuh

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard polis sedang menyiasat kejadian pada kempen PRK di Johor, minggu lalu.

Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis mahu mendengar kenyataan kedua-dua pihak terbabit insiden itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis sedang menunggu laporan hasil siasatan insiden melibatkan pengamal media dikasari pegawai pengiring seorang menteri dalam kempen PRK di Johor, minggu lalu untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kertas siasatan telah dibuka yang akan dilengkapkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Menurutnya, pihaknya perlu mendengar kenyataan kedua-dua pihak untuk mendapat gambaran sebenar dan beliau turut mengesahkan tiada laporan dibuat pengamal media terbabit.

“Jadi kita tunggu apa hasil siasatan kes tersebut.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan itu,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kelmarin, Kelab Media Johor (KMJ) membangkitkan isu keselamatan pengamal media susulan berlakunya dua insiden pengamal media dikasari beberapa pegawai pengiring menteri baru-baru ini.

Katanya, pegawai pengiring terbabit telah menghalang beberapa pengamal media ketika sidang media menteri berkenaan diadakan, antaranya menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang merakam sidang media tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.