
Chong, bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam dilantik sebagai penasihat sayap itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dipilih sebagai timbalan ketua Wanita, jawatan naib disandang Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman serta bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, menurut Berita Harian.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, pula tersenarai sebagai ahli jawatankuasa.
Semua jawatan dipilih tanpa pertandingan selepas hanya 15 pencalonan diterima untuk 15 jawatan dalam barisan kepimpinan sayap wanita parti itu.
Ditemui media, Teo berkata beliau akan memberikan fokus untuk memperkasa wanita DAP dengan memastikan mereka diberi layanan sama rata di semua peringkat parti.
“Jika wanita ada wakil di semua peringkat kepimpinan, maka lebih mudah perjuangan dan pemerkasaan wanita dapat dilaksanakan,” katanya.