
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata penemuan itu berkaitan analisis data rakaman suara selama 30 minit daripada ‘memory puck’ dalam perakam suara kokpit pesawat berkenaan, menurut Sinar Harian.
“Kita akan keluarkan laporan awal pada Jumaat ini,” katanya selepas merasmikan Kongres Wanita DAP di Klang.

Loke sebelum ini dipetik berkata pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Florida mendapatkan bantuan daripada pengilang peralatan asal (OEM) yang mengeluarkan kotak perakam suara kokpit pesawat terbabit.
Sebelum ini, lebih 10 individu termasuk pihak syarikat penerbangan dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan polis ke atas nahas pesawat terhempas berdekatan Elmina pada 17 Julai.
Nahas pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, 17 Ogos lalu itu mengorbankan 10 individu termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun.
Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi adalah orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang menggunakan lebuh raya berkenaan.