
Akmal sepatutnya memberi keterangan dalam petisyen mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Masjid Tanah, lapor Malaysiakini.
Hakim Abu Bakar Katar mengeluarkan waran selepas Akmal gagal hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan memberi sogokan kepada pengundi semasa pilihan raya itu.
Semasa perbicaraan, satu video dikemukakan yang didakwa menunjukkan Akmal menyerahkan bungkusan kepada pengundi.
Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsuddin, Noor Hashimah Noordin, kerana gagal hadir sebagai saksi.
Calon Barisan Nasional bagi Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid mencabar kemenangan Ermieyati pada PRU15 atas wujudnya unsur sogokan semasa kempen pilihan raya.
Ermieyati, yang juga ketua Bersatu Masjid Tanah, menang kerusi itu dengan majoriti 4,411 undi.