Nik Abduh dipilih senator wakil Kelantan

Nik Abduh dipilih senator wakil Kelantan

Cadangan dikemuka Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud mendapat sokongan majoriti.

Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dipilih untuk dilantik senator bagi mewakili Kelantan di Dewan Negara.

Cadangan itu dikemukakan Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud dan mendapat sokongan timbalannya, Mohamed Fadzli Hassan.

Menurut Sinar Harian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah kemudian membawa cadangan itu itu untuk diundi Adun dengan majoriti menyokong.

Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.

Menjelang PRN Kelantan 12 Ogos lalu, timbul dakwaan ada cubaan memadamkan legasi bekas mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila anaknya, Nik Abduh tidak tersenarai sebagai calon parti itu.

Nik Abduh bagaimanapun menafikan perkara itu, dengan berkata legasi sebenar bapanya ialah memperjuangkan Islam dan mempertahankan kerajaan Kelantan bawah pentadbiran PAS, bukan bertanding pilihan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.