Gaduh di restoran, 7 lelaki ditahan

Gaduh di restoran, 7 lelaki ditahan

Polis berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada teman wanita salah seorang suspek mendakwa diganggu.

Tujuh suspek berusia 19 hingga 47 tahun direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Tujuh lelaki ditahan kerana terbabit pergaduhan di sebuah restoran di Banting kelmarin.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 pagi ketika semua suspek berumur 19 hingga 47 tahun itu berada di restoran berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian awal berpunca daripada teman wanita salah seorang suspek mendakwa diganggu ketika kejadian.

“Pertengkaran bermula, seterusnya mengakibatkan tercetusnya pergaduhan melibatkan beberapa individu di lokasi kejadian,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, selepas menerima laporan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Langat menahan masing-masing dua suspek kira-kira 4.50 petang serta 7.30 malam di sekitar Banting.

“Serbuan seterusnya dijalankan dan berjaya memberkas tiga lagi suspek kira-kira 9.45 malam, juga di sekitar kawasan sama.”

Katanya, empat suspek terbabit memiliki rekod dadah dan jenayah lampau.

Beliau berkata, semua suspek direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.