Banjir kilat akibat hujan lebat di beberapa kawasan P Pinang

Banjir kilat akibat hujan lebat di beberapa kawasan P Pinang

Di Tanjung Tokong, air banjir mencecah paras lutut, manakala pintu masuk utama Komtar di George Town turut dinaiki air banjir setakat paras buku lali.

Hujan lebat selama beberapa jam mengakibatkan berlaku banjir kilat di sekitar bandar raya George Town hari ini. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat di negeri itu sejak pagi ini.

Penang Weather Watch memuat naik beberapa video menunjukkan banjir kilat itu melanda kawasan-kawasan di George Town, serta Tanjung Tokong and Farlim (Air Itam).

Di Tanjung Tokong, air banjir mencecah paras lutut, manakala pintu masuk utama Komtar di George Town turut dinaiki air banjir, namun setakat paras buku lali.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran ribut petir bagi seluruh Pulau Pinang dan Melaka, serta beberapa kawasan di lima negeri lain, iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan and Johor.

Hujan lebat dijangka turun hingga 2 petang.

Sementara itu, semakan menerusi Waze mendapati lalu lintas sesak di beberapa lokaliti di Bayan Baru dan Bayan Lepas, termasuk Relau, Sungai Nibong dan Bukit Jambul.

Lalu lintas juga sesak di Jelutong, Sungai Pinang dan Jalan Perak, serta Lebuh Presgrave dan Macalister Road di George Town.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.