Rumah terbakar, suami isteri warga asing maut

Rumah terbakar, suami isteri warga asing maut

Bomba berkata pasangan warga Indonesia itu meninggal dunia dengan keadaan rumah terbakar tiga peratus.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, berkata kebakaran tercetus selepas alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga terbakar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suami isteri warga Indonesia maut dalam kebakaran di kediaman mereka di Taman Megah, Kajang, awal pagi tadi.

Mangsa masing-masing berusia lingkungan 40 hingga 50an ditemukan bomba ketika melakukan kerja pemadaman.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 2.13 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba Kajang dengan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat itu.

“Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. Terdapat dua mangsa dipercayai suami isteri mengalami melecur dan sesak nafas,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.

Katanya, rumah berkenaan terbakar tiga peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.