
Tanpa merujuk secara langsung kepada Jefri, Adun Skudai, Marina Ibrahim, berkata boleh membuat kritikan jika ada asas dan beliau juga mengingatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak melupakan kesusahan pernah ditempuh parti itu.
“Jangan bila kita di atas (menjadi kerajaan) terus lupa mana asal pernah kita pijak, pernah kita lalui dahulu,” katanya di Facebook.
Terdahulu, poster Adun Ijok itu yang meminta sumbangan mendapat kecaman pengguna media sosial yang mempersoalkan inisiatif tersebut.
Pengguna Twitter @chairmanGLC berkata, tidak masuk akal meminta sumbangan bagi perkhidmatan wakil rakyat, dan mendakwa PN sudah berbelanja besar dalam pilihan raya sebelum ini.
Seorang lagi pengguna Twitter Syed Akramin, mempersoalkan keperluan untuk Jefri meminta sumbangan bagi pusat khidmatnya sedangkan gaji beliau dibayar oleh wang pembayar cukai.
Akaun yang digunakan untuk memohon sumbangan itu juga mendapat kritikan kerana didakwa milik seorang guru besar di sebuah sekolah kerajaan.
Setiausaha politik kepada menteri pendidikan, Atiqah Syairah Shaharuddin, berkata satu surat dihantar kepada unit integriti Kementerian Pendidikan untuk menyiasat isu itu.
“Pembabitan pentadbiran sekolah akan memberi kesan kepada pembangunan dan pengurusan sekolah,” katanya dalam surat itu.
Semakan FMT mendapati poster berkenaan sudah diturunkan oleh Adun PAS itu.