Pemimpin PAS Johor sokong gesaan DAP gugur slogan ‘Malaysian Malaysia’

Pemimpin PAS Johor sokong gesaan DAP gugur slogan ‘Malaysian Malaysia’

Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata gesaan pemimpin Umno, Nur Jazlan Mohamed itu menunjukkan Umno sedar masalah hubungannya dengan DAP.

Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Umno sepatutnya bekerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin PAS Johor menyokong gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed supaya DAP menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” dan agenda negara sekular daripada perlembagaan parti itu, jika mahu mendapat sokongan pengundi Melayu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata kenyataan Nur Jazlan itu menunjukkan Umno sedar betapa sukarnya parti itu mendapatkan sokongan pengundi Melayu jika bekerjasama dengan DAP.

“Ini yang mereka (DAP) kena buat kerana mereka tahu serangan dibuat PAS (terhadap Umno) selama ini (kerana bekerjasama dengan DAP),” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sebuah ceramah malam tadi.

Menurutnya, Umno tidak perlu berdepan isu perjuangan DAP jika mereka bekerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

Nur Jazlan menerusi catatan Facebook semalam berkata, DAP perlu menjadi parti sederhana yang terus disokong orang Cina dan boleh diterima pengundi Melayu.

Justeru, beliau menggesa DAP mengugurkan “Malaysian Malaysia” daripada perlembagaan parti itu kerana orang Melayu tidak menyokong DAP disebabkan agenda negara sekularnya yang bercanggah prinsip Islam dan Melayu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.