
“Berhenti tuduh-menuduh pimpinan dulu. Anwar Ibrahim juga akan jadi orang dulu yang ‘also ran’,” katanya dalam Facebook sambil menambah semua perdana menteri akan berundur akhirnya.
“Kita semua ada silap, semua ada natijah jasa.”
Sejak dilantik perdana menteri November lalu, Anwar dan dua pendahulunya bertelagah.
Dr Mahathir Mohamad menyaman Anwar atas dakwaan dibuatnya dalam kongres PKR pada 18 Mac dengan melabelnya rasis dan menuduh beliau memperkayakan keluarga ketika memimpin negara.
Anwar turut berdepan tindakan undang-undang difailkan Muhyiddin Yassin kerana memfitnahnya berhubung dakwaan kerajaan terdahulu Perikatan Nasional tidak menghapuskan RM8.3 bilion hutang peneroka Felda.
Dalam catatan Facebooknya bertemakan Merdeka, Rais mengemukakan 11 syor buat kerajaan pimpinan Anwar, antaranya mewujudkan strategi ekonomi ditakrifkan baik, mempelawa pembangkang untuk membincangkan projek negara.
Beliau turut mencadangkan prinsip Rukun Negara dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan menggesa pembaharuan pendidikan serta memulihkan semula sektor pertanian, selain menggesa peruntukan sama rata diberikan kepada semua Ahli Parlimen dan pengasingan kuasa Parlimen daripada kuasa eksekutif.