Nahas Elmina: Data kokpit diperoleh, laporan awal terbit 2 minggu lagi

Nahas Elmina: Data kokpit diperoleh, laporan awal terbit 2 minggu lagi

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata laporan awal akan diterbitkan dalam tempoh 30 hari selepas nahas.

Menteri Loke Siew Fook berkata rakaman suara pesawat nahas Elmina didapati dalam keadaan baik.
PUTRAJAYA:
Biro Siasatan Kemalangan Udara berjaya memperolehi data daripada perakam suara kokpit pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Rakaman digital dikirim daripada makmal L3 Harris di Florida, AS kepada pasukan siasatan di Malaysia.

Loke berkata laporan awal akan diterbitkan dalam tempoh 30 hari selepas nahas, di laman Kementerian Pengangkutan, iaitu kira-kira dalam tempoh dua minggu lagi.

“Laporan akhir biasanya mengambil masa sehingga tahun untuk disiapkan,” katanya pada sidang media.

Loke menambah rakaman suara didapati dalam keadaan baik. “Seluruh rakaman terang.”

Sebelum ini, lebih 10 individu termasuk pihak syarikat penerbangan dan wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan polis ke atas nahas pesawat terhempas berdekatan Elmina pada 17 Julai.

Nahas pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina itu mengorbankan 10 individu termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun.

Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.