Hilang seminggu, lelaki ditemui mati di kawasan hutan berbukit

Hilang seminggu, lelaki ditemui mati di kawasan hutan berbukit

Berdasarkan maklumat awal, mangsa dilaporkan keluar rumah tanpa memaklumkan keluarga pada 5 pagi 22 Ogos lalu.

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui kira-kira 3km dari kawasan Kampung Bambangan Tudon semalam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu, ditemui maut di kawasan hutan berbukit di Kampung Bambangan Tudon, Penampang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, laporan kehilangan Kevin Lokuman, 32, diterima 24 Ogos lalu.

Berdasarkan maklumat awal, katanya, mangsa dilaporkan keluar rumah tanpa memaklumkan keluarga pada 5 pagi 22 Ogos lalu.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan dan mangsa ditemui penduduk kampung pada hari kelima,” katanya menurut Harian Metro.

Mayat lelaki itu ditemui kira-kira 3km dari kawasan Kampung Bambangan Tudon pada 10.30 pagi semalam.

Jurucakap itu berkata, pasukan bomba tiba di pusat kawalan tempat kejadian pada 12.50 tengah hari dan ke lokasi mangsa ditemui penduduk kampung.

Katanya, pasukan bomba mengambil masa akibat laluan sukar kerana kawasan hutan berbukit.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis pada 6.14 petang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.