Hadi disiasat berkait kenyataan Lembaga Pengampunan, kata polis

Hadi disiasat berkait kenyataan Lembaga Pengampunan, kata polis

Dua hari lalu presiden PAS dalam ceramah PN Johor di Bakri, dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
JOHOR BAHRU:
Polis mengesahkan menyiasat kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lalu.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

“Polis kontinjen Johor menasihatkan orang ramai tidak menyentuh isu 3R iaitu institusi diraja, agama dan kaum demi menjaga dan mengekalkan ketenteraman awam.

“Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman dalam kenyataan di media sosial X (Twitter) mengesahkan Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen PRK di Simpang Jeram, Muar.

Dua hari lalu, Hadi dalam ceramah perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri, dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.