
Beliau berkata, perbincangan itu harus dijalankan secara terbuka dan menyeluruh dengan satu keperluan kefahaman terjalin agar industri berkenaan kekal mampan.
“Ini dapat memastikan rakan-rakan dalam industri kreatif tidak kira penyanyi, pelakon, pengarah atau pun pasukan kru mempunyai keselamatan sosial mencukupi,” katanya ketika pada majlis penyerahan surat tawaran dana kandungan digital 2023 dan pelancaran tabung komuniti filem.
Fahmi berkata, aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif termasuklah isu pencen.
“Kita ingin melihat keselamatan sosial ini dilanjutkan. InsyaAllah mungkin pakej yang lebih ‘rahmah’ kerana ia melibatkan sedikit kos.
“Saya difahamkan jumlah ini mungkin tidak terlalu besar tapi manfaatnya lebih banyak, ini sedang bincangkan,” katanya.
Menurutnya, idea itu mengadakan kerjasama bersama Perkeso itu susulan perbincangan mereka yang mendapati kebanyakkan penggiat industri perfileman berdepan kesukaran keselamatan sosial.